Filem Klip 3GP Di Pawagam 13 Oktober 2011 | Sesuaikah Untuk Tontonan Rakyat Malaysia??


Tengok tajuk "Klip 3GP", rasa-rasa apa pandangan anda tentang filem ni berdasarkan tajuk tu??..huhu..Tapi berdasarkan konsep yang diterapkan adalah 3G iaitu Gerun, Ganas dan Ghairah..Tapi rasa-rasa banyak part tang ghairah tu kot..hehehe..Apapun filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober 2011,esok la tu..hari Khamis..dan-dan je malam jumaat ramai yang pergi tengok ni..huhu..

Filem ini adalah lakonan Zahiril Adzim, Mimie One Nation Emcee, Fikhree Abu Bakar,Zydee, Syafiq Isam,Iskandar,Tasha Shila,Sara Ali, Amanda Misbun,Adeline Anthony,Sabhi Saddi dan lain-lain.

Jalan cerita atau sinopsis cerita Klip 3GP ini adalah gabungan beberapa cerita yang berbeza. Kisah satu mengisahkan tentang Eddie yang hidup mewah dengan hasil jualan video-video pornografi yang dibelinya di internet. Kisah dua pula mengisahkan Maya yang diugut oleh Sunny yang memiliki video hubungan sulit mereka.Malah tindakan Sunny mengugut Maya disokong oleh isterinya sendiri,Rita yang inginkan wang. Kisah tiga mengisahkan 3 sahabat Suria, Mina dan Zakiah yang mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Malangnya dalam perjalanan mereka diburu oleh makhluk yang menyeramkan.

Saksikan Trailer filem Klip 3GP ini di bawah


Nak kata sesuai atau tak sesuai untuk tontonan, kita kena pergi tonton dululah..baru boleh komen..tapi untuk kanak-kanak rasanya memang tak sesuai..so tak payah lah nak bawa budak-budak masuk tengok cerita ni, takut nanti diorang terikut lak dengan aksi dalam filem Klip 3GP ni..

Ok setakat itu dulu..len kali kita sembang lagi..Assalamualaikum.


14 comments to "Filem Klip 3GP Di Pawagam 13 Oktober 2011 | Sesuaikah Untuk Tontonan Rakyat Malaysia??"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters