ads ads

Tottenham Hotspur 2-1 Arsenal


Arsenal sekali lagi terpaksa menelan kepahitan setelah tewas 1-2 di tangan Tottenham Hotspur. Arsenal menurunkan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding dengan skuad yang menang ketika menentang Olympiakos Rabu lalu. Arsenal membariskan Szczesny,Sagna,Per Mertesacker,Song,Gibbs,Coaquelin,Arteta, Ramsey,Gervinho,Walcott 
dan Persie pada malam ini.

Spurs mendahului pada babak pertama hasil jaringan Van Der Vaart. Ramsey nampaknya malam ini paling Off form,jelas ketiadaan Jack Wilshere akibat kecederaan amat dirasai. Namun Ramsey berjaya menebus kekecewaannya pada separuh masa pertama dengan menjaringkan gol penyamaan di separuh masa kedua. Namun,persembahannya kembali tenggelam selepas itu.

Malang bertambah buat Arsenal selepas pemain pertahanan Bacary Sagna pula dilanda kecederaan menyebabkan list pertahanan yang injured bertambah selepas Koscielny, Vermaelen dan Djourou turut tercedera memaksa Song didropkan ke position pertahanan tengah.

Nampaknya season ni macam susah buat Arsenal untuk bangkit namun peluang masih ada.Satu lagi kekalahan buat Arsenal dan satu lagi kekecewaan buat penyokong..terima sajalah dengan redha..


4 comments to "Tottenham Hotspur 2-1 Arsenal"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters