ads ads

Result EPL 2011/2012 | Arsenal 2-1 Sunderland


Kapten pasukan Arsenal, Robin Van Persie berjaya menyelamatkan hari Arsenal dengan menjaringkan 2 gol bagi menghadiahkan kemenagan buat pasukannya. Arsenal menang ke atas Sunderland dengan jaringan 2-1 dan berjaya melonjak ke tangga ke-10 liga perdana Inggeris.

Gol pertama Van Persie hadir pada minit pertama perlawanan apabila dia bijak merembat lerek hasil hantaran Gervinho. Selepas itu ada beberapa peluang namun gagal disempurnakan Persie. Sunderland berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik Larsson pada minit ke-31

Separuh masa kedua, Arsenal memasukkan Arshavin, Santos dan Benayoun bagi menguatkan serangan mencari gol. Beberapa sepakan percuma diperolehi Arsenal namun gagal disempurnakan Arteta, Santos dan juga Walcot. Sehinggalah sepakan percuma yang diperolehi pada minit ke-83 disempurnakan dengan baik oleh Van Persie, gol kemenangan buat Arsenal.
Arsenal menang 2-1


Man of The Match : Robin Van Persie


0 comments to "Result EPL 2011/2012 | Arsenal 2-1 Sunderland"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters