ads ads

Perodua vs Proton, Siape Lagi Bagus??

Memang tak dinafikan lagi dua syarikat automotif tempatan ini selalu bersaing dalam pemasaran kenderaan terutamanya kereta di Malaysia ini..Namun persoalannya, siapa yang lebih bagus ek??huhu..

Bagi Perodua, mereka lebih menumpukan dalam pengeluaran compaq car..yang berkonsepkan kereta mini..dengan CC yang tak berapa tinggi..contoh keluaran mereka adalah Kancil, Kelisa, Kenari Myvi dan terbaru Viva..Bagi aku, kereta-kereta macam ni sesuai bagi golongan-golongan muda, pelajar dan yang baru bekerja..Kalau nak travel jauh2 tak berape sesuai la..huhu..Tapi Myvi merupakan model yang paling laris dijual 2-3 tahun ni..Tahniah Myvi..hehe..Masalah utama kereta mini ni adalah muatan tidak boleh banyak lah..so kalau nak buat balik kampung bagi yang dah berfamili tak sesuai la sangat..

Bagi Proton lak, mereka mengeluarkan banyak kereta berkonsepkan sedan seperti Saga, Wira, Waja, Perdana, Gen-2 dan Persona..bagi remaja yang gile kereta dan sporty lebih sesuai mengambil Satria atau Putra..hehe..Tapi aku selalu perasan kereta proton mesti mengalami masalah lampu brek belakang yang menyala sebelah..huhu..Kereta proton selalu digunakan keluarga yang berkemampuan dan ia sesuai bagi perjalanan jauh berbanding perodua.

Bagi keluarga besar yang memerlukan MPV car, Perodua memiliki Alza..namun CC nya tak berape tinggi dan tak sesuai dengan muatan..kalo naik bukit kompem pancit lah..dan Proton ada 1 model yang agak sesuai jugaklah..iaitu Exora..boleh tahan jugaklah Exora ni..kalau nak tahu lebih lanjut klik sini..so agak-agak siapa yang lebih bagus??hehe..sekian, terima kasih.


27 comments to "Perodua vs Proton, Siape Lagi Bagus??"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters